Thursday, March 25, 2010

kisah si tido dan si main laptop dalam PANG!

So harini kita ada kelas pukul 910. Macam biasa la bila kelas pukul 910, 915am baru kelas penuh. Tapi arini kan ada orang tu datang awal sbb dia tak tido malam tadi dan awal awal pagi dah pergi library to find some materials for her homework.
Ada orang jugak yang datang macam biasa bila cikgu dah mula bercakap-cakap apa yang nak diajar harini. Muka setonyeh je haha. Macam biasa, cari tempat duduk hujung2 and bukak laptop, check facebook or blog hopping. Dont worry she can multitask kawan-kawan. Budak genius je yang selalunya macam tu. Kah3. :)

10 minutes later..
Si tak tido malam mula tersengguk. Cikgu cakap apa pon dia da tak faham tapi notes still cuba diambil causing her notes to be messy. you know, those unintended lines bila orang da mengantuk. ataupun perkataan2 unintended macam tiba2 ada tulis "nasik lemak" instead of "ligand".
Si main laptop pulak mula hanyut ngan chatting. Takpe, biar budak-budak tahun tiga hingusan ni yang dengar dan belajar, kami dah nak grad lagi 49 hari. We just dont care FUHHH. Banyak cantik nak pikir camtu haha.

40 minutes later..
Kadar pensengguk-an tidak terkawal. Si penidur dah tak kesah orang tengok ke apa.
Pemain laptop di belakang si pesengguk pon tak kesah. Biasala kelas pkol 9 pg. Tapi yang penting aku lagi bagus la sebab aku tak tido. Main laptop is better kata hati si pemain laptop.

TIBA TIBA jeng jeng jeng.
PANG! si pesengguk tersengguk ke belakang. Boleh bayang tak? Masalahnya kepala pesengguk terkena laptop si pemain laptop. KAH3 dua-dua orang terpinga-pinga, terkejut dan tergelak sendiri. Nasib baik duduk di hujung kelas tade la org perasan. Kejadian PANG! memalukan si pesengguk walaupon de buat muka dunno setonyeh je dan si pelaptop pon dalam gelakkan org tu rasa seperti insaf hey sepatutnya aku belajar bukan main laptop laa. Mata kedua dua pemain laptop dan pesengguk terbeliak luas sampai la ke minit yang ke 50 konon2 focus haha. YAY kelas habis.

Hopefully kejadian sama tak berulang ye kedua-dua senior :)

Camtu lah hidup ni. Jangan jadi cam diorang, PANG! terantuk baru mata nak terbukak. Kita tak pasti ada kejadian PANG ke tak dalam hidup ni. Katakan kalau tade, takutnya nanti tido lena je.. sedar2 hidup dah expired. Terketar nak jawab nanti haa.

Alamak terpanjang pulak tapi bila cakap macam ni, teringat pulak Surah At-Takathur. Sama sejibik je kes dia.  Macam manusia ni buat apa2 la kan manusia buat dlm dunia ni (haha ape punya ayat laa) lepas tu sedar-sedar da masuk kubur atau lebih tepat dimasukkan ke dalam kubur. Allah ulang beberapa kali ayat yang lebih kurang sama to remind us here:


[1] The mutual rivalry (for piling up of worldly things) diverts you,
[2] Until you visit the graves (i.e. till you die).
[3] Nay! You shall come to know!
[4] Again, Nay! You shall come to know!
[5] Nay! If you knew with a sure knowledge (the end result of piling up, you would not have been occupied   yourselves in worldly things)
[6] Verily, You shall see the blazing Fire (Hell)!
[7] And again, you shall see it with certainty of sight!
[8] Then, on that Day, you shall be asked about the delights (you indulged in, in this world)!


De cam, kita kejar-kejar dunia ni nak jadi terbaik dalam semua benda, kumpul segala harta benda, sampai TERlupa ada akhirat. Sedar-sedar da jumpa kubur (tade kejadian PANG yang sedarkan dan terbeliakkan mata kita). Padahalnya sepatutnya tak perlu kejadian PANG sebab kita da ada Quran (sure knowledge) yang bagi details pasal bnda yang akan datang. Cuak tak tgk ayat 6 tu, dah terlambat la bila mata kepala badan sendiri tgk blazing fire, baru la nak jadi certain and sure and menyesal dengan benda-benda karut marut yang dah dibuat cuk3. Kalo time tu baru nak PANG! hm nauzubilLah its too late :(  sbb mungkin badan dah dicampak ke dalam. NauzubiLLah. 
dan yang pasti, nikmat dunia ni haa akan dipersoal. haih nak jawab pasal isu membazir letrik atau makan sedap hari2(alhamduliLlah) atau badan sihat pon tak boleh jawab apatah lagi benda-benda lain. 

Woppsss terpanjang okay bye. Btw cuba teka sape sengguk and sape main laptop? haha.

8 comments:

c su said...

yg tidur tu rasanya....nor. hehehe

Bint Lazim said...

haha sedehnya dapat watak tido. watak laptop cam lagi macho je. hahaha

kasmin said...

aq ingatkan ko yang tdor zi ey... aq pon pnah jugak camni... tak tdo smlman.. sok study ngantok.. tp tersengok aje la.. takla sampai baham meja ke laptop ke... hahaha..

Bint Lazim said...

mana ada ckp aku yang tido haa amin. rahsia2. bese ah tu tak tido mlm, sejak zaman sbpik lagi haha.

Deremind said...

I almost to have the same situation. Tp well, takdela sampai si tido terlanggar si laptop tu. haha..

but selalu bila jadi camtu, they'll be more focus after that, memang focus habisla. so, it's better to have it happen during first few minutes of class isn't it? :P

Maka Allah selalu memberi peringatan bila kita buat salah supaya kita sempat bertaubat sebelum ajal kita tiba..... Allahua'lam.

NURUL IZZA said...

sah jjadi ko nor neh.hahah

Bint Lazim said...

Nana - hehe tu ah kalo kelas 10 minit je tinggal hm tade maknanya baru nak focus hahaha.

kakzza - manow adow, ni cerita jah, mungkin nor tgk jah tp mungkin gok nor hok PANG! hahaha.

Anonymous said...

jd bhn usrah ni best nii. pinjam idea? heh

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir