Friday, April 17, 2009

Bila Cinta Bersemi.


Semua dijemput hadir.. 
Orang yang cintanya sudah bersemi mahupun yang tak pernah nak bersemi-semi ataupun terhenti semiannya..
 Orang yg berada di Malaysia, mahupun di Australia, ataupun di Tanah Arabia, lagi-lagi kalau dah kat bumi Obama..

See you there, iA!
brought to you by MISG


5 comments:

c h o c o l a t e i.c.e said...

"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.’


‘Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, disitulah tempat setan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.’


‘Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.’

Sultan Muhammad Syah bersuara, ‘Adapun ayahanda Tuan Guru, kita bermimpi anakanda kita memakai baju entah apa-apa. Gusar sungguh kita. Hendak dikatakan kafir macam Melayu hendak dikatakan Melayu macam kafir laku. Astaghfirullah.’

‘Itulah syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ada. Kerana membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Bila memakai baju tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai baju elok menurut adat supaya tidak membawa mudarat. Ingatlah jika memakai baju elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.’


-petikan dalam manikam kalbu.novel karya faisal tehrani..cuba la baca.

Deremind said...

ohh... nk bace, nak bace..

nk copy buleh?

Pok Nik said...

tak silap aku david archulate pun bace novel manikam kalbu ni bob. sesekali bace novel melayu dgn gaye bahasa tinggi, memang hot lah. haha

dan nmpaknya jiha, aku x mampu join kuliah ni. org kata, mcm memerlukan keazaman yg tinggi utk bangun pkul 4 pg. keh3

Bint Lazim said...

wah cam menarik je bob. mane nak baca? hot ke baca buku bahasa2 tinggi? hahaha yeah paih.

dlm hati: **alamk nazirah baca blog sy, da takleh ngarot nmpaknya. hihi*

wuih mung power kan stakat kol 4 pagi tuhhh kacang jahh. nak keazaman g mintak ngn sape2 nama azam. haha.

c h o c o l a t e i.c.e said...

xde baca secara online pun buku tu..

hari tu pun baca..pinjam kawan nya buku..

baca karya faisal tehrani besh la..sebab novel2 dia.bukan novel2 yg cintan cintun begitu.

owh..klu x silap..minggu ni ada pesta buku kt pwtc..agak2 ade rakan2 yg ke sne tu..suh2 la mereka tolong belikan..

takpun..cr2 la sumber2 mne bley bli buku secara on9..huhu..

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir